MALAYSIA,iNewsPringsewu.id – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran (SEEDS) menerima kunjungan Delegasi ASEAN Academic Association (ASEANACA) Indonesia, baru-baru ini.
Delegasi besar yang diketuai oleh Presiden ASEANACA, Prof. Dr. Tulus Suryanto, hadir bersama lebih daripada 120 pemimpin akademik dan pensyarah mewakili 17 universiti terkemuka Indonesia.
Lawatan ini disifatkan sebagai simbolik penting dalam memperkukuh jaringan kerjasama akademik serantau. Antara agenda utama ialah memperluas kolaborasi penyelidikan, pengajaran, mobiliti pelajar, serta program pembangunan bersama antara UKM dan universiti di Indonesia.
Pihak FSSK menyatakan harapan agar kunjungan ini menjadi titik tolak kepada hubungan lebih erat dalam bidang pendidikan tinggi, bukan sahaja di Malaysia dan Indonesia, tetapi juga di peringkat ASEAN.
“Kerjasama ini diyakini mampu melahirkan lebih banyak inovasi, memperkukuh kualiti pendidikan, serta memperluas jaringan akademik global,” ujar wakil FSSK dalam keterangannya.
Dengan kehadiran ratusan tokoh akademik dari pelbagai universiti, lawatan ini sekali gus menegaskan peranan UKM sebagai hub penting kerjasama ilmiah dan pembangunan ilmu di rantau Asia Tenggara
Editor : Indra Siregar
Artikel Terkait